Surau Taman Mahkota Putra, IM Kuantan, Pahang

Surau Taman Mahkota Putra (TMP) ditubuhkan pada 12 Ogos 2012 dan terletak di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Lokasinya yang berdekatan dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) dan IIUM Medical Centre (SESMEC) menjadikan surau ini sentiasa dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Surau yang terletak di Lorong IM 8/35 dan berkeluasan 951 meter persegi ini sentiasa mengalu-alukan jemaah yang berada disekitarnya terutama para pelajar daripada IIUM dan Kolej WIDAD. Jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang samaada daripada golongan muda dan berusia sentiasa memenuhi surau ini.

Aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan juga telah dijalankan di surau ini untuk mengimarahkan surau ini. Antaranya ialah menyalurkan sumbangan kepada asnaf yang berkelayakan, majlis berbuka puasa setiap Ramadhan, kelas Al-Quran dan sebagainya.

Selain daripada itu, hubungan kejiranan di antara penduduk Taman Mahkota Putra sangatlah erat. Dan di surau inilah pelbagai aktiviti disusun dan dirangka untuk melahirkan masyarakat yang mampu untuk menyumbang kepada komuniti setempat.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by